Senarai Semak
Anda melihat reka bentuk baharu. Lihat reka bentuk asal
Perkhidmatan Utama

KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC
SENARAI SEMAK PEMOHON KAD APEC
Permohonan Kad Perjalanan Perniagaan APEC
Sila kemukakan permohonan yang lengkap untuk Kad Perjalanan Perniagaan APEC kepada:
Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit
Jabatan Imigresen Malaysia
No 15, Tingkat 5 (Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62550 Putrajaya.(u.p.Unit Kad Perjalanan Perniagaan APEC)
Hadir sendiri, wakil, pos atau kurier.
Untuk pertanyaan sila hubungi Unit APEC di:
Telefon: 03-88801145
Email:apec@imi.gov.my
Unit APEC, Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengeluarkan:
Nombor permohonan sebagai rujukan berstatus ‘RECEIVE’ setelah permohonan diproses dan dimasukkan data pemohon ke dalam Sistem ABTC.
Semakan permohonan boleh dibuat melalui:
https://www.abtc-aps.org/abtc-core/status/check.html.Nombor permohonan akan diberikan kepada pemohon melalui agensi-agensi kawalselia yang dilantik atau melalui e-mel.
Pemohon yang mewakilkan mana-mana individu sila kemukakan:
- Surat kuasa/ wakil daripada syarikat
- Salinan kad pengenalan wakil
Tempoh Proses dan Bayaran
Bayaran RM100.00 secara e-Payment (debit/kad kredit) bagi setiap pengeluaran kad.
Tempoh proses:
- Permohonan untuk Kad Perjalanan Perniagaan APEC baharu; atau
- Permohonan semula setelah tamat tempoh Kad Perjalanan PerniagaanAPEC; dan
- Bergantung kepada proses pre-clearance dari semua ekonomi APEC yang menyertai Skim ABTC, minima (3-6) bulan atau lebih.
Permohonan cetakan Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah seperti berikut:
Tempoh proses cetakan kad:
- Satu (1) hari bekerja.
- Cetakan semula Kad Perjalanan Perniagaan APEC kerana:
- Gantian kad hilang
- Gantian kerana pertukaran pasport
- Gantian foto.
Bagi kes kehilangankad APEC, sila kemukakan:
- Surat permohonan rasmi daripada syarikat;
- Salinan laporan polis tempatan atau luar negara (wajib diterjemah ke Bahasa Melayu/Inggeris).