Pas Lawatan Sosial Jangka Pendek
Anda melihat reka bentuk baharu. Lihat reka bentuk asal
Notis penting
Perkhidmatan Utama
Semua pelawat-pelawat asing yang masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk akan diberikan kemudahan Pas Lawatan (Sosial) untuk tujuan lawatan sosial termasuk aktiviti-aktiviti berikut :
- Melawat saudara mara
- Melancong
- Membuat liputan akhbar / berita
- Menghadiri mesyuarat
- Mengadakan perbincangan mengenai perniagaan / perdagangan
- Pemeriksaan kilang
- Mengaudit akaun syarikat
- Menandatangani perjanjian-perjanjian
- Menghadiri seminar-seminar
- Lawatan muhibah (goodwill mission) penuntut-penuntut atau menduduki peperiksaan peringkat Universiti
- Mengambil bahagian dalam perlawanan olahraga atau sukan dan
- Kegiatan-kegiatan khas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial
Permohonan lanjutan akan dipertimbangkan bagi kes-kes khas seperti sakit, kemalangan, peperangan di negara asal pelawat dan sebagainya. Pelawat juga dikehendaki mengemukakan bukti dan juga tiket perjalanan ke negara asal atau ke negara ketiga.
Dokumen-dokumen yang diperlukan
- Pasport pemohon
- Borang IMM 55
- Dokumen Sokongan(jika perlu)
- Tiket perjalanan ke Negara asal atau ke Negara ketiga.