Langkau ke kandungan

Jabatan Imigresen Malaysia

Portal Rasmi · Kementerian Dalam Negeri

Menu

Pasport Menyeberang Sempadan Malaysia – Indonesia

Anda melihat reka bentuk baharu. Lihat reka bentuk asal

PASPORT MENYEBERANG SEMPADAN
(MALAYSIA – INDONESIA)

TUJUAN

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

  • • Mykad
  • • Mykid/sijil kelahiran
  • • Borang Im.42-pin.1/97
  • • 12 muka surat
  • • Gambar saiz 3.5 sm X 5 sm (latar belakang putih)

BAYARAN:

RM20.00

TEMPOH SAH LAKU:

Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Kebenaran berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari pada setiap kali masuk.