Langkau ke kandungan

Jabatan Imigresen Malaysia

Portal Rasmi · Kementerian Dalam Negeri

Menu

Pejabat Terhad Ke Brunei

Anda melihat reka bentuk baharu. Lihat reka bentuk asal

Pasport Terhad Brunei

Pasport Terhad Brunei

TUJUAN

Pasport ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dibuat di Pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

  • MyKad
  • MyKid / Sijil Kelahiran
  • Warganegara Malaysia kelahiran Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Warganegara dari Semenanjung layak memohon jika dapat membuktikan mereka menetap di Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Permohonan berumur 18 tahun kebawah perlu mendapat keizinan ibubapa
  • Gambar (live capture) kecuali kanak – kanak berumur bawah 2 tahun.

BAYARAN:

RM50.00

TEMPOH SAH LAKU:

Lima (5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.