Skip to content
F.A.Q
F.A.Q
Contact Us
Contact Us
SISPAA
SISPAA
Sitemap
Sitemap
Whistleblowing
Whistleblowing

You are viewing the original design. View upgraded design

Border Pass Malaysia–Thailand

The text of this page is in Malay (Bahasa Malaysia). Use the language switch to read the Malay site.

PAS SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND
(BORDER PASS)

TUJUAN

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja. Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan mengiringi ibu atau bapanya (maksima 8 orang). Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas tetapi di bawah 18 tahun (sekiranya belum berkahwin) perlu mendapat surat izin ibu/bapa/penjaga yang sah

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  • • Kad Pengenalan
  • • Borang Permohonan
  • • Bil utiliti (jika perlu)
  • • Satu (1) keping gambar saiz 3.5 sm X 5 sm berlatar belakang putih, rambut tidak menutupi dahi dan tudung berwarna gelap
  • • Pas sempadan lama (jika ada)
  • • Sijil Lahir (bawah 18 tahun)
  • • Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa (bawah 18 tahun yang belum berkahwin)
  • • Suami isteri hendaklah memohon secara berasingan

BAYARAN:

RM10.00

TEMPOH SAH LAKU:

Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan.