Anda melihat reka bentuk asal. Lihat reka bentuk baharu
Pengenalan Jabatan

PENGENALAN
Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.
Berikut adalah fungsi Jabatan :
- Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
- Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
- Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
- Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).