Langkau ke kandungan
F.A.Q
F.A.Q
Hubungi Kami
Hubungi Kami
SISPAA
SISPAA
Peta Laman
Peta Laman
Whistleblowing
Whistleblowing

Anda melihat reka bentuk asal. Lihat reka bentuk baharu

Sijil Perakuan Cemas (SPC)

SIJIL PERAKUAN CEMAS (EMERGENCY CERTIFICATE)

SIJIL PERAKUAN CEMAS (EMERGENCY CERTIFICATE)

TUJUAN

Sijil Perakuan Cemas (SPC) dikeluarkan berdasarkan Peraturan 1(2), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah “Manual of Consular Instruction 1973”, dokumen ini dikeluarkan hanya dalam keadaan tertentu sahaja kepada warganegara yang berada di luar negara untuk tujuan perjalanan kembali ke Malaysia.

KELAYAKAN:

  • • Seorang warganegara Malaysia tanpa sebarang keraguan;
  • • Seorang warganegara Komanwel bagi membolehkan warganegara komanwel berkenaan kembali ke negara asal mereka sahaja (single journey) disebabkan oleh keadaan berikut:

    a) Pasport telah tamat tempoh;

    b) Pasport dilaporkan hilang; dan

    c) Bagi pemohon yang lahir di Malaysia (dengan kebenaran Kementerian Luar Negeri)

  • • SPC boleh dikeluarkan oleh semua Perwakilan Malaysia di luar Negara yang telah diberi kuasa.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  • • Borang IM.42 – Pin.1/97;
  • • Laporan Polis bagi kehilangan PMA (jika berkaitan);
  • • Dokumen-dokumen pengenalan diri beserta satu salinan fotostat;
  • • Borang soal-selidik IM.42C (bagi kes kehilangan pasport);
  • • Mendapatkan Exit Permit/Visa dan keperluan-keperluan lain dari Pihak Berkuasa Negara berkenaan sebelum membeli tiket perjalanan balik ke Malaysia;
  • • Sijil Lahir / Borang H bagi pemohon yang lahir di luar negara
  • • 2 keping gambar berukuran 3.5 sm x 5 sm latar belakang putih

BAYARAN:

RM50.00 atau senilai dengannya

TEMPOH SAH LAKU:

9 bulan dari tarikh dikeluarkan.