Skip to content

Immigration Department of Malaysia

Official Portal · Ministry of Home Affairs

Menu

FAQ – Pas Lawatan (Sosial) Graduan

Soalan Lazim - Pas Lawatan (Sosial) Graduan

FAQ

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang Graduan

Soalan

Jawapan

Apa itu Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang Graduan?

Pas ini merupakan Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang yang membolehkan graduan untuk melancong, menyambung pelajaran, dan bekerja sambilan dalam sektor yang dibenarkan.

Siapa yang layak memohon?

Terbuka kepada pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian di peringkat Sarjana Muda (Bachelor Degree) dan ke atas di IPT Malaysia.

Had umur permohonan?

Tiada syarat had umur.

Warganegara yang layak?

32 negara iaitu:

1. Amerika Syarikat

2. Arab Saudi

3. Australia

4. Bahrain

5. Belanda

6. Brunei

7. China

8. Denmark

9. Filipina

10. Finland

11. India

12. Indonesia

13. Jerman

14. Jepun

15. Kanada

16. Kemboja

17. Korea Selatan

18. Kuwait

19. Laos

20. Myanmar

21. New Zealand

22. Norway

23. Oman

24. Perancis

25. Qatar

26. Singapura

27. Sweden

28. Switzerland

29. Thailand

30. UAE

31. United Kingdom

32. Vietnam

Syarat permohonan?

√ Surat pengesahan tamat pengajian/kursus yang dikeluarkan oleh UA/IPTS.

√ Pas Pelajar pemohon masih sah laku.

√ Pasport dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan.

√ Insurans kesihatan aktif dengan tempoh perlindungan sekurang-kurangnya 12 bulan.

√ Personal Bond dengan penaja warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan minima RM1,500.

√ Pemohon tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang di Malaysia.

√ Surat sokongan/pengesahan mengenai tatakelakuan pelajar daripada institusi pendidikan atau pejabat kedutaan (bagi warganegara China dan India).

Cara memohon?

Melalui portal EMGS https://visa.educationmalaysia.gov.my/ dan diproses di Unit Pas Pelajar, Bahagian Visa, Pas dan Permit, JIM Putrajaya.

Bayaran?

RM600 untuk pemohon, RM600 untuk setiap tanggungan, kadar MEV mengikut negara.

Kemudahan pas?

√ Multiple Entry Visa (MEV);

√ Boleh bawa tanggungan sedia ada di Malaysia;

√ Melancong dalam negeri;

√ Mengenalpasti program pengajian di UA/IPTS untuk menyambung pengajian;

√ Mengenalpasti peluang pekerjaan yang sesuia dengan kelulusan dan kursus pengajian;dan

√ Bekerja secara sambilan dalam sektor pekerjaan yang dibenarkan selaras dengan akta dan undang- undang yang sedang berkuatkuasa.

Tempoh sah laku?

12 bulan.

Layak mohon Pas Residen/Permit Masuk?

Tidak.

Tukar kepada Pas Lawatan (Sosial) JangKa Panjang lain?

Boleh, tertakluk kepada syarat pas berkenaan.

Perlu memo periksa keluar selepas tamat?

Tidak.

Boleh dilanjutkan?

Tidak.

Tempoh proses kelulusan?

14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

  • Share